Ini update terbaru untuk yang nak travel pakai kereta sendiri ke Hatyai via Bukit Kayu Hitam/Sadao border
Firstly, untuk yang lain2 macam passport insurance, geran kereta still sama macam entries yang sebelum ni.. boleh check link part I cheq nih masa 2016 via Padang Besar Border http://nadzrin91.blogspot.my/2016/10/road-trip-to-hatyai-2016.html
So apa yang terbaru??
Ini first time cheq try crossing directly ikut pintu Bukit Kayu Hitam di mana sblum2 nih Padang Besar selalunya jadi fevret sebab nak elak crowded.. Dan selalunya pintu Bkt Kayu Hitam ni jadi pintu aku kuar dari Thailand sahaja sebab xla leceh sangat bila time nak kluaq nih..
So pada 25Nov17 ari tu, gerak dari rumah cheq di Aloq Staq pon dah lambat.. Lebih kurang pukul 1 lebih lepas zohor.. Pasal semalamnya dah penat drive dari KL.. Bila pikir2 nak ikut Padang Besar yang jauh tapi xcrowded tu dah xberbaloi memandangkan dah kesuntukan masa.. So cheq decide and discuss with my wife yang kita akan go and try masuk ikut Bkt Kayu Hitam/Sadao yang terletak hanya 50KM lebih kurang dari my hometown..
Dengan gagahnya cheq teruskan perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.. So first thing first, Insurance kereta.. Kali ni cheq singgah di pekan Changloon (Rindu Zaman Matrik kih3) untuk beli insurance.. Last time xnk kuar duit kan isi borang bagai.. So kali ni dah mula malas, terus gitau akak tu saya nak beli insurance, white card ntuk 4 orang, and Borang TM3 (passenger list) semua kasi lengkap dia isi sementara aku berasap sebentar mengopi di kedai minum sebelahnya.. So total kesemua borang2 tu berharga RM32.00.. Cheq dengaq ada lagi murah tapi dah suntuk malas dah nak cari..
Sebelum gerak ke border, sempat singgah Yasmeen changloon untuk lapik perut dulu..
ENTERING THAILAND!!
So macam biasa slow and steady bila dh nk dekat sampai border.. Terus cari stesen Minyak paling hujung sebelum masuk ke Thailand.. Untuk stesen minyak paling hujung sebelum border adalah stesen BHP di sebelah kanan.. masa tu dah berkelip myvi cheq.. so isi RM70.00.. Lepas cheq oii p balik.. xcaya? Kena la try.. kih3
Menghampiri border, kita akan melalui roadblok UPP (Unit Pencegah Penyeludupan).. Macam biasa.. turun kan tingkap.. Senyum dan tunggu arahan sebelum meneruskan perjalanan.. 2nd roadblok ialah betul2 di hadapan imigresen Malaysia iaitu roadblok Polis sempadan.. Macam tadi jugak.. turunkan tingkap dan jawab segala pertanyaan encik polis tersebut.. Untuk hari tu dia just nak check cheq punya geran kereta dan passport.. yela dia nak tengok kot2 bukan owner punya kereta.. Selesai semua boleh teruskan perjalanan..
Haa apa yang terbaru?? Yes.. kaunter Imigresen Malaysia yang sebelum nih dah dirobohkan untuk memperbesarkan lagi area sempadan tu.. Agaknya la.. First aku agak suprise yang border Bukit Kayu Hitam dah jadi kemain cantik.. Baru setaun xlalu dah berubah.. So procedure still sama.. xpayah turun kereta.. drive thru hulur passport.. Lps dia check muka sorang2.. passport dah di scan, palang automatik akan naik dan boleh teruskan perjalanan ke pintu masuk Thailand..
So dah nampak pintu masuk ke Thailand
![]() |
| Beratur Sopan2 |
So rezki agak baik bila smpai kaunter drive thru immigration Thailand.. aku serahkan 4 passport TANPA SELIT DUIT RINGGIT.. yes.. govt dia sendiri announced dah xde duit kopi since OCT17.. so aku buat dunno je la xselit duit.. sekali mintak jugak!! Satu passport 10Bhat.. so total 40 Bhat untuk trip aku nih.. mentang2 la Bhat dah tinggi.. xpndang RM dah.. haha.. kena jugak.. tp bab kastam tu cuak skit.. dia tanya mana custom form.. lantas cheq jawab sory sir can i park in front and settle custom declaration and give to you after that? Nasib baik dia ckp ok.. fuhh lega..
Dah siap cop passport slow2 cheq gerak ke dpn skit parking kt tepi ntuk settlekn hal kastam.. so untuk kastam macam biasa xde perubahan.. sama jugak procedure.. lps dpt surat declare kereta trus aku berlari anak2 ke booth imigration td untuk pengesahan.. terus dia amik form tu cop n serah salinan kt kta.. mcm biasa.. jgn lupa serah balik salinan tu masa nk kuar Thailand nnti.. so itu la skit sebanyak update terbaru.. ntuk sim kad lps dari border tu ada dh kedai sim kad.. trus beli ja.. straightt smpai la Hatyai..
![]() |
| Drive Thru Sadao Border |
Selamat memandu...



No comments:
Post a Comment